Ideas and thoughts mixed with facts and opinions of previous scholars

Friday, March 02, 2007

Losing the objective

siri heroes (star world) membawa kenangan lampau, perasaan2 hebat semasa membaca komik2 alam perwira, pedang setiawan, dragon ball dan seangkatannya, novel2 the 13th commandment, jurrasic park, sphere yang mencengkam kelenjar adrenalin, perasaan itu muncul kembali. dah lama tak dapat ilusi macam tu, hasil daripada fiction yang bermutu. asyik2 realiti tv yang tak berapa realistik.

tapi macam biasa, tiada batas moral dalam mengolah kreativiti di hollywood. Character isaac painter yang mesti high on drugs untuk mendapat pandangan future mungkin membawa reaksi negatif kalau didalam drama melayu;

mana taknya, setiap cerita melayu dimestikan membawa mesej. dalam raja lawak, lawak2 bodoh pun nak ada mesej. aku rasa otai2 lawak ni misguided, atau astro cuba menekankan substance yang superficial dalam raja lawak, konon2nya supaya raja lawak ni membawa mesej positif.

Kenapa tidak bawa cerita hanya semata2 cerita? semata2 untuk menghibur? dan lawak hanya untuk melawak? semata2 untuk menghibur? umpada komedi bermutu tinggi frasier, atau seinfeld, yang sebahagian besar jenakanya adalah berkisar kehidupan harian org biasa, dan character2 yang sememangnya banyak dikalangan kita. Dan kekuatan character adalah kekuatan utama dalam siri komedi ini.

benar, untuk karyawan muslim olahan kreatif mesti dalam lingkungan batas syarak, tetapi dalam context ini, tidak semestinya olahan kreatif mesti mengandungi mesej positif. Adalah baik jika ianyamengandungi mesej positif, tetapi dengan mewajibkannya akan menghadkan perkembangan idea, dan mungkin dari kontext karyawan, objektif untuk berkarya akan menjadi second priority, dan objective menasihatkan penonton menjadi first priority. bilamana ia tak dipaksa, mesej2 positif yang diterap secara subconcious lebih effective kepada penonton. tetapi dalam karya2 melayu mesej2 negatif secara subconcious lebih banyak, mungkin terlalu banyak diterapkan dalam masa karyawan tersebut konon2nya cuba membawa mesej positif dalam filemnya.

umpama filem rempit yang dicanangkan untuk menyedarkan masyarakat tentang gejala rempit. sedar atau tidak buruknya jauh lebih banyak daripada mesej positif. filem2 yusuf haslam yang turut sama mengandungi elemen pergaulan bebas antara lelaki dan wanita, serta tabiat ke disko (aku hairan, setiap episod mesti ada disko) yang pastinya member mesej subconcious kepada penonton, yang mana perkara ini adalah norma untuk masa ini.

to be continued..

No comments: